Thursday 14 March 2013

FAKTA HAIWAN

FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN YANG INGIN DI KONGSI BERSAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya   hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.
  • Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan.


  • Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.

  • Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.

  • Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.

  • Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!

  • Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba.

  • Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).

  • Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas harimau).

  • Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam sehari.

  • Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari.

  • Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.

  • Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam.

  • Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.

  •  Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 – 1.8 meter, ia mengandungi bilangan vertebra yang sama seperti leher manusia.

  • Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang – ia menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.

  • Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak jauh.

  • Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun, ini bukannya senyuman “asli” kerana longgokan lemak di kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air.

  • Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada mamalia lain kecuali manusia.Serigala mempunyai kaki yang panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 – 16 kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu malam.


  • Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta saudara mara.

  • Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer.

  • Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.

  • Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.

  • Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang sama berat.

  • Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh terbang ke belakang.

  • Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.

  • Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak mereka dengan pantas.

  • Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.

  • Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.

  • Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.

  • Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam makanan yang dimakan.

  • Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.

  • Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu.

  • Nyamuk merupakan serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina menggigit manusia.

  • Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak.

  • Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan.

  • Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.

  • Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka!

  • Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.

















Sunday 10 March 2013

LEMBARAN KERJA

Aktiviti 1


FAEDAH BERSAMA-SAMA

Haiwan penting kepada hidupan lain untuk menjalani kehidupan seharian.

  1. Kepentingan haiwan kepada manusia
  •  Sebagai sumber makanan
  •  Sebagai pengangkutan (tidak digunakan lagi pada masa kini kerana banyak pengangkutan moden   
  •  yang wujud) 
  •  Sebagai kemudahan untuk melakukan pekerjaan.contohnya pesawah menggunakan kerbau untuk   
  •  membajak sawah.    
    2.  Kepentingan haiwan kepada tumbuhan
  • Untuk menyuburkan tanaman (najis haiwan seperti kambing digunakan untuk membuat baja tanaman.
  • Sebarkan biji benih

info yang ingin dikongsi bersama 

"tupai mempunyai tabiat yang unik, iaitu menyembunyikan bekalan makananya. tanpa disedari, tupai telah membantu menanam berjuta-juta batang pokok apabila haiwan ini terlupa tempat bekalan makanan yang telah disembunyikan."

    3.  Kepentingan haiwan kepada haiwan lain
  • Sebagai sumber makanan
  • Sebagai tempat tinggal
  • Sebagai tempat untuk mendapatkan makanan (Burung yang hinggap dibelakang kerbau adalah untuk mendapatkan makanannya seperti kutu) 
          

KEPERLUAN ASAS HAIWAN


Adakah keperluan asas haiwan sama dengan keperluan asas manusia???

  • Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama seperti manusia
           
  • Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti manusia.
  • Haiwan memerlukan makanan untuk membesar dan kekal sihat.
  • Haiwan memerlukan udara untuk bernafas
  • Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya,, hujan, panas matahari serta untuk menjaga keselamatan anak-anaknya.

Thursday 7 March 2013

DIET HAIWAN


Haiwan memerlukan makanan untuk hidup

Diet haiwan dapat dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu:
  1. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
  2. Haiwan yang makan haiwan lain
  3. Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain

         

Haiwan yang makan tumbuhan sahaja


                  

Haiwan yang makan haiwan lain



               

Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain


rehat sekejap......kita dengar lagu ni dulu
Kemudian kenalpasti haiwan yang terdapat di dalam lagu ni dan nyatakan apa yang dimakan oleh haiwan tersebut.


            

VIDEO PERGERAKAN HAIWAN

VIDEO 1

VIDEO 2


Tuesday 5 March 2013

KANDUNGAN


2. HAIWAN

2.1) Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat
perlindungan.
Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan
tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang,
atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu.
Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan
lain.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
2.2) Menghargai pelbagai haiwan disekeliling kita.
Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya
Haiwan.

2.3) Memahami tumbesaran haiwan.
Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.
Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari
segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
2.4) Memahami pergerakan haiwan.
Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang,
berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
Menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.
Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

PEMBIAKAN HAIWAN

Cara Pembiakan Haiwan

Haiwan boleh membiak melalui 2 cara:
  1. Pembiakan secara bertelur
          Haiwan yang membiak secara bertelur akan mengeluarkan telur dan
          telur tersebut akan menetas untuk mengeluarkan anak.

video ini menunjukkan bagaimana telur ayam menetas untuk mengeluarkan anak ayam

  •  Contoh haiwan lain yang membiak secara bertelur

                  
                                        katak                                                        penyu