- Tikus membiak dengan
pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta
saudara mara.
|
|
- Ikan paus biru boleh
mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188,
bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer.
|
|
- Kuda dan lembu tidur
sambil berdiri.
|
|
- Ampai-ampai gergasi
dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.
|
|
- Belalang juta
mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia
yang sama berat.
|
|
- Burung berdendang
(humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh
terbang ke belakang.
|
|
- Jerung mempunyai
rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.
|
|
- Serangga seperti
lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak
mereka dengan pantas.
|
|
- Tanduk badak sumbu
diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.
|
|
- Jerung mengeluarkan
telur yang paling besar di dunia.
|
|
- Walaupun ular pejamkan
matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
|
|
- Tidak seperti manusia,
kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam
makanan yang dimakan.
|
|
- Walaupun beruang kutub
kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.
|
|
- Lalat rumah hanya
boleh hidup selama 2 atau 3 minggu.
|
|
- Nyamuk merupakan
serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina
menggigit manusia.
|
|
- Kucing menggunakan
misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia
masuk ke dalam atau tidak.
|
|
- Belut eletrik boleh
mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan
pemburuan.
|
|
- Disebabkan bentuk kaki
yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.
|
|
- Arnab dan burung kakak
tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka!
|
|
- Seekor badak air
kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang
manusia.
|
|
banyaknya info yang saya dapat, TQ
ReplyDelete