Tuesday 5 March 2013

KANDUNGAN


2. HAIWAN

2.1) Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat
perlindungan.
Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan
tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang,
atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu.
Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan
lain.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
2.2) Menghargai pelbagai haiwan disekeliling kita.
Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya
Haiwan.

2.3) Memahami tumbesaran haiwan.
Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.
Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari
segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
2.4) Memahami pergerakan haiwan.
Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang,
berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
Menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.
Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.
Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

No comments:

Post a Comment